Monday, 22 October 2012

Travelog haji - Tentang sendi, sedeqah dan masjidil haram

Hari ini terasa amat fatigue..letih dan lesu.  Dalam kepala sudah merancang maghrib dan isya cuma di surau maktab 96.  Sambil baring2 diatas katil ambo cuba menghabiskan hadith 40 oleh imam Nawawi.  Bila sampai hadith 26 yang disertakan diatas maka sudah tiada ada alasan letih lagi.  Sendi2 lusuh ini perlu bersedaqah.  Ambo terus capai sejadah dan bag sandang dan berjalan mengharungi lautan manusia untuk ke masjidil haram untuk maghrib dan isya'.  Walaupun awal satu setengah jam tapi disini dimusim haji ini ini sudah dikira lewat.  Dataran menuju ke escalator king fahd sudah mula dipenuhi saf2 terutama dari india dan afrika.  Dapat juga menyelit masuk.  Walaupun cuma dapat berjamaah di atas bumbung tapi amat lega kerana sendi sendi ini dapat juga besedeqah dengan membawa orang tua ini berjamaah di masjidil haram.

No comments:

Post a Comment