Thursday, 18 October 2012

Travelog haji - cuma seminggu lagi wukuf

Dua hari lepas TH mengadakan taklimat terakhir sebelum wukuf.  Pengurus maktab 96 memberi taklimat dari segi pergerakan jamaah dari maktab ke arafah kemudian ke muzdalifah dan mina dan akhirnya balik ke mekah.  Pesanan pesanan seperti apa yg nak dibawa dan sikit sebanyak senario sebenar semasa hari masyair nanti.  Pegawai ugama maktab pula memberi penjelasan terakhir tentang aktiviti agama semasa hari masyair nnti.  Cuma yg belum jelas sekarang bila kah hari wukuf nnti.  Ada bayangan yang wukuf mungkin jatuh hari Jumaat 26 okt dan bukan 25 okt. Jika ini berlaku maka tahun ini haji akbar.   Cuma beg galas 5kg dibenarkan dibawa semasa masyair.  Pakaian minima sahaja.  Sedikit duit juga diperlukan.  Semaa masyair sembahyang jamak tamam dan bukan jamak qasar.  Cuma KT awal 1 hingga 5 dibenarkan membuat nafal awal untuk persiapan penerbangan balik sehari selpas bertolak keMekah dari Mina.  Jadi schedule amat ketat sekali.  Doakan kami mendapat haji yang mabrur.

No comments:

Post a Comment