Monday, 22 October 2012

Travelog haji - 3 hari ke hari wukuf

Yes...cuma tiga hari ke hari wukuf.  Kami jemaah sudah mula membuat persiapan untuk hari besar ini.  Beg 5 kilo itu mula di persiapkan dengan pakaian untuk 6 hari.  Tiga hari didalam pakaian ihram dan 3 hari dalam pakaian biasa.  Juga secara mental mula terasa ketibaan cabaran yang sebenar.  Cabaran yang akan menentukan quality haji yang bakal dipersembahkan kepada yang maha esa. 
Seperti biasa selepas subuh baitullah sesak untuk tawaf.  Juga ditingkat satu dan dua banyak jamaah bertawaf.  Bagi ambo pagi tadi selepas subuh dan seterusnya dhuha berdiri dihadapan baitullah dari tingkat atas memohon dan berdoa untuk dunia dan akhirat buat diri, keluarga, sahabat handai dan muslimin dan muslimat.  Sesungguh nya amat berharap dengan penuh harapan semoga haji kami haji yang diterima oleh Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.  Doakan kan kami....

No comments:

Post a Comment