Thursday, 18 October 2012

Travelog Haji - Laban

Laban atau yoghurt merupakan antara makanan yang digemari oleh masyarakat di mekah.  Laban dijual walaupun di kedai runcit yang kecil.  Yang paling di gemari merela ada lah fresh natural laban yang langsung tidak berperisa dan tidak bergula.  Bila beli laban akan mengingatkan ambo kepada arwah ayah.  Dia memang peminat laban.  Maklumlah arwah lama tinggal bersama masyarakat arab mekah semasa mudanya.  Susah nak daptkan laban di Kelantan. Kadang2 cuba dibuatnya sendiri.  Semasa mengerjakan umrah bersama arwah 25 tahun dahulu hari2 dia beli laban.  Dicampurkan sedikit gula untuk perisa.  Tapi sayang nya masa tu ambo tak lah berapa minat.  Jadi makan lah arwah sendirian.  Jadi bila ambo makan laban dibubuh gula di bumi Mekah ini mengingatkan ambo kepada arwah ayah.  I missed him so much.Alfatehah.

No comments:

Post a Comment