Wednesday, 17 October 2012

Travelog haji - Jahiliyah dan kurma free.

Jamaah haji di Maktab 96 memang beruntung kerana pehak pengurusan hotel pada setiap waktu sembahyang akan menyediakan tiga dulang kurma untuk jamaah Malaysia.  Kurma jenis Sukary memang sedap sbb masih basah dan lembut.  Ambo pun memang suka kurma ini dan ambil sebiji dua bila ada disediakan.  Yang menjadi masaalah nya ialah ada diantara jemaah kita yang terlalu gemar dengan kurma ini.  Yang sepatutnya dijamah dua tiga biji untuk merasa di ambil berlebihan.  Mula2 ada yang mengambil penuh tangan, lepas tu penuh dua tangan,  kemudian dengan gelas polystyrene, dan akhir2 ini tanpa segan silu dengan bag plastik.  Ada seorang pakcik membawa bag plastik menunggu pekerja meletakkan kurma, terus di kaut sampai lebih sekilo untuk dibawa balik kebilik.  Tiap2 hari dibuat pakcik ini.  Mungkin dia nak courier hantar balik Malaysia untuk anak cucu merasa.  Disebabkan sifat seperti ini pihak hotel terpaksa meletakan notis diatas.  Namun tadi ambo dgn Kak Nor masih terserempak jamaah yang bawa bag plastik untuk mengambil kurma free ini.  Bagi ambo ini ialah sikap sikap jahiliah yg patut dikikis dari perangai jamaah jamaah haji kita.  Kerana ia mengambarkan siapa kita sebenarnya.  Wassalam

No comments:

Post a Comment