Monday, 8 October 2012

Travelog Haji - @ AlHaram piazza with a Pakistani and a Taliban

Semasa menjamu selera untuk lunch dengan satu sandwich ayam berharga rial 3 dibeli di tepi bangunan Bin Dawood dapat berbual dengan seorang warga Pakistan.  Beliau sedang makan burger KFC berharga rial 19.  Saudara kita ini ialah seorang pharmasis bersama Pakistani hajj mission.  Beliau yg bernama Abdullah di tempatkan di kawasan Aziziah.  Terdapat seramai 200 ribu jamaah dari Pakistan pd tahun ini.  Kami kemudian di join oleh seorang Taliban dari Kandahar.  Lelaki berusia hampir tujuh puloh tahun ini boleh berbahasa Inggeris dgn baik.  Namanya Abd Manaf.  Beliau telah tinggal di Saudia sebaga pelarian selama dua tahun bersama dengan 40 sanak saudara.  Haji membawa dari segenap pelusok dunia kepada satu titik pertemuan di masjidil al haram.  Betapa bersyukur nya saya dpt menyaksikan pertemuan ummah ini.

No comments:

Post a Comment