Tuesday, 23 October 2012

Travelog haji - Sehari sebelum bertolak ke Arafah

Hari ini 23 Okt.  Esok jemaah Malaysia mulai bertolak ke Arafah.  Wukuf pada 25  okt.  Sudah ramai jemaah mulai mengenakan ihram dan meninggalkan kota Mekah.  Banyak jemaah dlm mengikut sunah Rasulallah akan bergerak dari Mekah ke Mina sebelum bergerak ke Arafah pada hari wukuf.  Jemaah dari benua India dan ramai dari negara lain yg mengamalkan cara begini.  Apapun yg rukun nya ialah berada di bumi arafah walau sebentar selepas gelincir matahari pada 9 dan sehinga masuk subuh malam 10 hb zulhijjah.  Tiada arafah tiada haji.  Semua jamaah dinasihatkan kurangkan aktiviti fizikal sepert tawaf dan umrah sunat menjelang hari wukuf.  Ini untuk memastikan jemaah dlm keadaan sihat untuk berada di arafah, muzdalifah dan mina.

No comments:

Post a Comment