Monday 10 October 2011

Bertarbiah - Lambaian Kaabah di Kelana Jaya



Di Kelana Jaya menghantar Kak Mak/ Abg Wan dan Iroh / Seng ke tanah suci . Sempat lah berborak dengan Iroh dan Seng kerana mereka tiba awal di Kelana Jaya dari Johor. Happy semua nya. Bila tiba masa untuk mendaftar jamaah masuk (around 9.30pm) maka dipasanglah tape tarbiah. Bila dengar tarbiah ini hati ambo rasa amat2 sayu. Seolah memanggil-manggil untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci. Lebih2 lagi kerana tahun ini kami dipilih disaat akhir untuk menjadi jemaah. Tapi kerana keadaan tidak mengizinkan terpaksa kami tolak..meberi peluang untuk mereka yang lebih layak. Kata Ustaz Lah (Abg kepada Abg Wan) kuota Tabung Haji dah ada tapi Kuota disana belum tiba.

Insyallah tahun depan 2012 tibalah giliran kami untuk bertarbiah di tanah suci.  Kepada adik beradik yang dah mampu dan belum mengerjakan haji jom kita kesana 2012..doakan.

Posted by: Akram

Sunday 9 October 2011

Alkesahnya - Bertolak dan Bertarik


Alkesah nya..hari nie ambo ngan Ali on the way nak pergi rumah rakan golf (ex-NSTP) Wahab di Denai Alam sbb dia akan menunaikan Haji. Nak keluar rumah start kereta WFP tu dah tak sedap hati bila Honda tu lambat start walaupun suis dan ON. Walau bagaimanapun hidup lah jugak enjin nya. Tapi bila jalan sejauh par 4 (400 meter) dari rumah tiba2 enjin mati ngan tiba2. Sempat lah juga ketepi setelah di TOLAK oleh Ali...nasib baik bawa Ali. Panggil pomen pun tak boleh hidup. Terpaksa panggil tow-truck..nasib baik tow truck free sbb insuran bayor. (dua kali nasib baik tu).  Sampai di kedai pomen sbb hari ni hari ahad jadi kedai pun dah nak tutup. Bermalam lah WFP di kedai. Tak sempat lah gi rumah si Wahab tu..maka itu lah alkesah nya.

 Posted By: Akram

Saturday 8 October 2011

Dua dalam Satu - Menjemput (Memadah) dan Ziarah orang nak naik haji


Hari nie Kak Yah, Abang Man dan Kak Long Sariah  datang nak menjemput /memadah untuk kenduri Sherdal.  Fadhilah pun ada.  Mereka nie dari Rawang lagi, pastu ke Melewati dan terus ke Keramat.  Kebetulan Kak Mak dan Abang Wan (Kakak Akram) buat kenduri doa selamat kerana mereka akan ke Mekah esok untuk panggilan haji.  Jadi Kak Yah sekeluarga pun di jemput ke majlis itu.  Sambil menjamu selera sempat juga menjemput Kak Mak dan keluarga untuk majlis di Sremban nanti.  Jadi kira dua dalam satu lah.

Sunday 2 October 2011

Kasih sayang ibu..lihat lah burung pun sayangkan anak-anak.. apa tah lagi kita Manusia. Terima kasih IBU


Lihat lah kejadian Allah, supaya manusa berfikir.  Kasih sayang seorang  ibu walaupun seekor burung terhadap anak anak .  Ini kan kita manusia. Hai anak Anak Hargai laa ibu dan mana mana yang bergelar ibu........

Terima kasih IBU arwah Hj Che Esah Che Had..

Dan sekarang ini, setiap kali  akan aku jadikan rutin harian untuk  mengirimkan Al-fatihah dan doa untuk Allahyarham ibu. Mari lah kita sama-sama  sentiasa berdoa kepada Allah semoga Allah mengasihi ibu  yang amat kita sayangi serta sayangi ibu seperti mana mana mereka mejaga dan mengasihi kita semasa hayat nya.  Jangan lupa kalau boleh jangan lupa membaca surah Al-Mulk setiap hari untuk Allahyarham ibu, semoga dapat membantu emak  di alam baru . Benarlah kata bijaksana  tiada apa yang lebih bermakna buat ibu  sekarang ini selain kiriman doa yang tidak putus dari anak-anaknya.

Kerana itu jugalah, aku dan isteri yang tersayang Salamiah Bani Hashim... berazam  meletakkan mission membesarkan anak kami  bukan setakat kefahaman mission hidup biasa : cemerlang dengan deretan A semata-mata, tetapi kami akan berasa amat berbahagia jika dia menjadi anak yang soleh dan solehah, yang mempunya nilai dan prinsip hidup lurus, yang kenal siapa dirinya dan siapa Tuhannya, yang tahu apa yang harus dilakukannya di dunia ini, dan yang selalu mendoakan kami mama dan abah nya dan mengirimkan buah tangan pahala sewaktu kami tiada lagi peluang untuk berbuat amal di dunia ini.

Tapi mission ini takkan tercapai melainkan kami mengajarnya agama dan nilai hidup, kerana seorang anak hanya kain bersih yang kosong, ibu bapalah juga yang mecorakkannya. Semoga Allah membantu kami melaksanakan mission besar ini, Amin Ya Rob

Posted by: Imie south Lebanon