Alhamdulillah ...dengan mengerjakan saei haji tadi maka tamatlah ibadat haji kami. Setiap langkah terakhir kearah bukit marwah sungguh menghibakan. Sebak kami. Kerana berjaya menghabiskan ibadah haji ini dan juga menghadapi realiti yang tak mungkin diumur sebegini kami dapat melalui pengalaman sebegini lagi. Walaupun begitu kami tetap berdoa agar diberikan umur yang panjang dan rezeki untuk ketemu lagi perjalanan haji ini. Satu perjalanan yang pasti tidak dapat dilupai sepanjang hayat dikandung badan. Bak kata seorang kawan di Madinah...satu pengalaman yang amat signifikan. Kepada adik beradik dan ipar duai yang sudah cukup syarat kami sarankan buatlah sesuatu untuk mengerjakan haji secepat mungkin semasa masih sihat dan nyawa di pinjamkan oleh Allah yang maha kuasa.
Dihadapan kaabah kami berdoa agar ibadah haji kami diterima Allah....Wassalam.
Khas buat semua adik beradik ku dan juga anak-anak saudara ku samada jauh dan dekat untuk mengikuti perkembangan terkini tok ki. Terima kasih atas perhatian dan keprihatian kalian memenuhi ruangan ini.
Wednesday, 31 October 2012
Travelog haji - Tamat lah ibadat haji kami.
Tuesday, 30 October 2012
Travelog Haji - excerpt from a writing by Leopold Weiss @ Mohd Assad a jew who would become an important muslim scholar
.....The reality, however, of presentday Muslim life appeared to be very far from the ideal possibilities given in the religious teachings of Islam. Whatever, in Islam, had been progress and movement, had turned, among the Muslims, into indolence and stagnation; whatever there had been of generosity and readiness for self-sacrifice, had become, among the present-day Muslims, perverted into narrow-mindedness and love of an easy life.
Prompted by this discovery and puzzled by the obvious incongruency between Once and Now, I tried to approach the problem before me from a more intimate point of view: that is, I tried to imagine myself as being within the circle of Islam. It was a purely intellectual experiment; and it revealed to me, within a very short time, the right solution. I realised that the one and only reason for the social and cultural decay of the Muslims consisted in the fact that they had gradually ceased to follow the teachings of Islam in spirit. Islam was still there; but it was a body without soul. The very element which once had stood for the strength of the Muslim world was now responsible for its weakness: Islamic society had been built, from the very outset, on religious foundations alone, and the weakening of the foundations has necessarily weakened the cultural structure -- and possibly might cause its ultimate disappearance..full text at http://www.way-to-allah.com/en/journey/leopold.html
Monday, 29 October 2012
Travelog haji - Tamat lah ibadat haji kami.
Alhamdulillah ...dengan mengerjakan saei haji tadi maka tamatlah ibadat haji kami. Setiap langkah terakhir kearah bukit marwah sungguh menghibakan. Sebak kami. Kerana berjaya menghabiskan ibadah haji ini dan juga menghadapi realiti yang tak mungkin diumur sebegini kami dapat melalui pengalaman sebegini lagi. Walaupun begitu kami tetap berdoa agar diberikan umur yang panjang dan rezeki untuk ketemu lagi perjalanan haji ini. Satu perjalanan yang pasti tidak dapat dilupai sepanjang hayat dikandung badan. Bak kata seorang kawan di Madinah...satu pengalaman yang amat signifikan. Kepada adik beradik dan ipar duai yang sudah cukup syarat kami sarankan buatlah sesuatu untuk mengerjakan haji secepat mungkin semasa masih sihat dan nyawa di pinjamkan oleh Allah yang maha kuasa.
Dihadapan kaabah kami berdoa agar ibadah haji kami diterima Allah....Wassalam.
Sunday, 28 October 2012
Travelog haji - Selamat tinggal Mina. Semoga diizinkan Allah kita ketemu di musim haji yang lain...insyallah
Berlatarkan kompleks jamrah di Mina. Dari tempat tinggal kami di Muassim kami melalui dua terowong untuk ke kompleks jamrah. Jauh perjalanan 2 km. Sebelum ini didalam fikiran ambo untuk melontar kami perlu melalui padang pasir untuk ke jamrah dengan menahan panas matahari dan debu padang pasir. Sebalik nya semua perjalan melalui jln raya berturap dan terowong yg teduh. Manakala kompleks jamrah pula lima tingkat dan beraircon. Melontar tiada masaalah insyallah.
Travelog haji - selepas melontar qubra hari terakhir di Mina.
Selepas 4 hari berada di Mina maka hari ini ialah hari tasyrik terakhir disini. Selepas ini kami akan dibawa balik dgn bas ke Mekah yg sejauh 7 km dari Mina. Mina dan Muzdalifah ialah cuma bandar musim haji. Tiada penduduk tetap disini dan solat Jumaat tidak diadakan di masjid disini. Insyallah pagi atau petang ini kami akan melengkapkan ibadat haji kami dikota Mekah dengan tawaf ifadah dan saei haji. Wasalam.
Wednesday, 24 October 2012
Tuesday, 23 October 2012
Travelog Haji - Who is the real star ...Haji siapa yang lima bintang?
Itu lah pertanyaan dlm hati ambo dipagi hari menjelang subuh. Adakah haji mereka yang tidur berbumbung kan langit dengan serba kekurangan dan masih rasa bersyukur atau mereka didalam hotel safwa tower dibelakang itu yang diulit serba kemewahan dan kemudahan yang cuma selangkah kepintu masjid. You have to see and walk thru these people to feel so humbled by this class difference. I just can feel a total submision by those people yang tidur berbumbung kan langit kepada rezeki dan takdir dalam menjadi tetamu allah. An air of spontaniety to it...if it is a right word to use. Totally totally leaving to Allah. I feel so humbled. Tak payah lah compare dengan Safwa tower tapi compare dengan apa yang disediakan oleh tabung haji di maktab 96 pun dah jauh bezanya. Tak tau macam mana nak cakap. I feel that these people yang betul2 menjadi tetamu istimewa. Honestly. As though haji are meant to be done this way. Adding an air of friendship and comradeship to the whole experience. As though staying in the starred hotel making the experience so artificial. Why stay in the starred hotel when you can have the real star up above. Cuma Allah menentukan haji siapa yang lima bintang. Astaghfirulah.
P/s: I so want to experience the old Mekah which now gone forever. Other than masjidil haram the thousand year old building are now gone forever. Mekah is just like other town with tall buildings and fove star hotel and more so in few more years time.
Travelog haji - Sehari sebelum bertolak ke Arafah
Hari ini 23 Okt. Esok jemaah Malaysia mulai bertolak ke Arafah. Wukuf pada 25 okt. Sudah ramai jemaah mulai mengenakan ihram dan meninggalkan kota Mekah. Banyak jemaah dlm mengikut sunah Rasulallah akan bergerak dari Mekah ke Mina sebelum bergerak ke Arafah pada hari wukuf. Jemaah dari benua India dan ramai dari negara lain yg mengamalkan cara begini. Apapun yg rukun nya ialah berada di bumi arafah walau sebentar selepas gelincir matahari pada 9 dan sehinga masuk subuh malam 10 hb zulhijjah. Tiada arafah tiada haji. Semua jamaah dinasihatkan kurangkan aktiviti fizikal sepert tawaf dan umrah sunat menjelang hari wukuf. Ini untuk memastikan jemaah dlm keadaan sihat untuk berada di arafah, muzdalifah dan mina.
Travelog haji - Hari Masyair penempatan
Tiap tiap jamaah tadi telah diberi penempatan di arafh dan mina. Di arafah ambo di khemah 25 dan kak nor di khemah 33. Manakala di Mina ambo di khemah 16 dan kak nor khemah 21. Di mina khemah kami dekat dengan jalan keluar ke terowong muassein. Jauh dengan tandas tapi dekat dgn klinik. Apa pun bershukur
Monday, 22 October 2012
Travelog haji - Kurma dan jamaah kita
Kurma yg di sedeqah ini memang sedap. Tapi jangan lah sampai mengguna bag plastik untuk dibawa balik kebilik. Ada lima ribu penghuni lain di Maktab ini yg juga ingin merasa kurma ini. Teringat ambo hadith no. 13 dlm kompilasi imam Nawawi "Tidak sempurna iman seorang muslim sehingga sehingga dia menyayangi saudara nya seperti dia menyanyangi dirinya sendiri.
Travelog haji - Small hill of new purpose.
Bukit di dalam gambar itu sebenarnya dahulu ialah sebuah bangunan. Ia diruntuhkan untuk pembinaan semula kota mekah. Ini menyebabkan debu debu bertebaran dan terjadi polusi debu yang teramat sangat. Sekarang ia cuma tinggal loggokan batu batan. Tiap2 hari ambo dan beratus ribu jemaah melalui bukit ini ke masjidil haram. Semalam ambo nampak ramai jamaah terutama dari afrika yang memanjat naik. Ambo pun pelik apa yang dibuat diatas runtuhan batu batan. Sehingga kawan sebilik menjelaskan hakikat sebenar. Apa agak nya mereka disana?.
.
Travelog haji - Cuaca nyaman mendatang
Sekarang ni ambo diatas bumbung masjidil haram menunggu isya. Cuaca amat nyaman dengan kepanasan 27c ke 37c. Sekarang ini sekitar 30c. Walaupun dikira panas tapi dengan humidity yang kering ia amat nyaman sekali. Buat pertama kali semalam hujan lebat menimpa kota Mekah. Ini membuat cuaca semakin mendingin.
Diatas bumbung pun jamaah penuh dan ketat sekali. Tapi situasi diatas ini lebih relax dan informal dengan jammah berkumpul bercerita dan bertukar khabar. Bagi jemaah malaysia amat susah mendapat berita berita terkini mengenai situasi haji disini. Oleh itu banyak khabar2 dan khabar2 berangin yang dibawa. Ini terutama cerita orang sesat, orang hilang, orang dilarikan orang jan jenayah terpencil. Eloklah dibuat satu website khas untuk jemaah supaya peka terutama situasi di mekah dan jemaah malaysia.
Looks like everybody is enjoying themselve on this roof top. Salam.
Travelog haji - Tentang sendi, sedeqah dan masjidil haram
Hari ini terasa amat fatigue..letih dan lesu. Dalam kepala sudah merancang maghrib dan isya cuma di surau maktab 96. Sambil baring2 diatas katil ambo cuba menghabiskan hadith 40 oleh imam Nawawi. Bila sampai hadith 26 yang disertakan diatas maka sudah tiada ada alasan letih lagi. Sendi2 lusuh ini perlu bersedaqah. Ambo terus capai sejadah dan bag sandang dan berjalan mengharungi lautan manusia untuk ke masjidil haram untuk maghrib dan isya'. Walaupun awal satu setengah jam tapi disini dimusim haji ini ini sudah dikira lewat. Dataran menuju ke escalator king fahd sudah mula dipenuhi saf2 terutama dari india dan afrika. Dapat juga menyelit masuk. Walaupun cuma dapat berjamaah di atas bumbung tapi amat lega kerana sendi sendi ini dapat juga besedeqah dengan membawa orang tua ini berjamaah di masjidil haram.
Travelog haji - The volunteers.
These young man are volunteers to help around the masjidil haram. They are among about 350 of volunteers selected by the authority to help jamaah in whatever need that may arises. May Allah give his reward for their good deed.
Travelog haji - 3 hari ke hari wukuf
Yes...cuma tiga hari ke hari wukuf. Kami jemaah sudah mula membuat persiapan untuk hari besar ini. Beg 5 kilo itu mula di persiapkan dengan pakaian untuk 6 hari. Tiga hari didalam pakaian ihram dan 3 hari dalam pakaian biasa. Juga secara mental mula terasa ketibaan cabaran yang sebenar. Cabaran yang akan menentukan quality haji yang bakal dipersembahkan kepada yang maha esa.
Seperti biasa selepas subuh baitullah sesak untuk tawaf. Juga ditingkat satu dan dua banyak jamaah bertawaf. Bagi ambo pagi tadi selepas subuh dan seterusnya dhuha berdiri dihadapan baitullah dari tingkat atas memohon dan berdoa untuk dunia dan akhirat buat diri, keluarga, sahabat handai dan muslimin dan muslimat. Sesungguh nya amat berharap dengan penuh harapan semoga haji kami haji yang diterima oleh Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Doakan kan kami....
Sunday, 21 October 2012
40 Hadith Nawawi - no. 2 Islam, Iman, Ihsan
Also on the authority of Omar, who said : One day while we were sitting with the messenger of Allah there appeared before us a man whose clothes were exceedingly white and whose hair was exceedingly black; no signs of journeying were to be seen on him and none of us knew him. He walked up and sat down by the prophet. Resting his knees against his and placing the palms of his hands on his thighs, he said:O Muhammed, tell me about Islam. The messenger of Allah said: Islam is to testify that there is no god but Allah and Muhammed is the messenger of Allah, to perform the prayers, to pay the zakat, to fast in Ramadhan, and to make the pilgrimage to the House if you are able to do so. He said:You have spoken rightly, and we were amazed at him asking him and saying that he had spoken rightly. He said: Then tell me about eman .He said:It is to believe in Allah, His angels, His books, His messengers, and the Last Day, and to believe in divine destiny, both the good and the evil thereof. He said:You have spoken rightly. He said: Then tell me about ehsan . He said: It is to worship Allah as though you are seeing Him, and while you see Him not yet truly He sees you. He said: Then tell me about the Hour. He said: The one questioned about it knows no better than the questioner. He said: Then tell me about its signs. He said: That the slave-girl will give birth to her mistress and that you will see the barefooted, naked, destitute herdsman competing in constructing lofty buildings. Then he took himself off and I stayed for a time. Then he said: O Omar, do you know who the questioner was? I said: Allah and His messenger know best. He said: He was Jebreel (Gabriel), who came to you to teach you your religion. narrated by Muslim ... Shared via: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.shaer.Hadith
Surah Al Baqarah Ayat 261
Surah Al-Baqara, Verse 261:
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Indonesian)
via iQuran
Saturday, 20 October 2012
Travelog haji - Makanan prepack Tabung Haji
Ini ialah makanan prepack Tabung Haji yang di sediakan untuk jamaah muasasah. Dua kali sehari diedarkan di cafe di ground floor maktab 96 untul makan tengah hari dan malam sahaja. Untul minum pagi jamaah biasanya makan di cafe berbayar atau makan di luar. Generally makanan yang disediakan adalah memuaskan. Untuk supplement makanan prepack ini kami juga menjamu selera di kedai sekeliling di Misfalah ini.
Thursday, 18 October 2012
Surah Al Hujraat ayat 11
Surah Al-Hujraat, Verse 11:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Indonesian)
via iQuran
Surah Muhammad ayat 38
Surah Muhammad, Verse 38:
هَا أَنتُمْ هَٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنتُمُ الْفُقَرَاءُ وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.
(Indonesian)
via iQuran
Travelog Haji - Laban
Laban atau yoghurt merupakan antara makanan yang digemari oleh masyarakat di mekah. Laban dijual walaupun di kedai runcit yang kecil. Yang paling di gemari merela ada lah fresh natural laban yang langsung tidak berperisa dan tidak bergula. Bila beli laban akan mengingatkan ambo kepada arwah ayah. Dia memang peminat laban. Maklumlah arwah lama tinggal bersama masyarakat arab mekah semasa mudanya. Susah nak daptkan laban di Kelantan. Kadang2 cuba dibuatnya sendiri. Semasa mengerjakan umrah bersama arwah 25 tahun dahulu hari2 dia beli laban. Dicampurkan sedikit gula untuk perisa. Tapi sayang nya masa tu ambo tak lah berapa minat. Jadi makan lah arwah sendirian. Jadi bila ambo makan laban dibubuh gula di bumi Mekah ini mengingatkan ambo kepada arwah ayah. I missed him so much.Alfatehah.
Travelog haji - cuma seminggu lagi wukuf
Dua hari lepas TH mengadakan taklimat terakhir sebelum wukuf. Pengurus maktab 96 memberi taklimat dari segi pergerakan jamaah dari maktab ke arafah kemudian ke muzdalifah dan mina dan akhirnya balik ke mekah. Pesanan pesanan seperti apa yg nak dibawa dan sikit sebanyak senario sebenar semasa hari masyair nanti. Pegawai ugama maktab pula memberi penjelasan terakhir tentang aktiviti agama semasa hari masyair nnti. Cuma yg belum jelas sekarang bila kah hari wukuf nnti. Ada bayangan yang wukuf mungkin jatuh hari Jumaat 26 okt dan bukan 25 okt. Jika ini berlaku maka tahun ini haji akbar. Cuma beg galas 5kg dibenarkan dibawa semasa masyair. Pakaian minima sahaja. Sedikit duit juga diperlukan. Semaa masyair sembahyang jamak tamam dan bukan jamak qasar. Cuma KT awal 1 hingga 5 dibenarkan membuat nafal awal untuk persiapan penerbangan balik sehari selpas bertolak keMekah dari Mina. Jadi schedule amat ketat sekali. Doakan kami mendapat haji yang mabrur.
Surah Al-Ahqaf ayat 15
Surah Al-Ahqaf, Verse 15:
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
(Indonesian)
via iQuran
Wednesday, 17 October 2012
Travelog haji - Jahiliyah dan kurma free.
Jamaah haji di Maktab 96 memang beruntung kerana pehak pengurusan hotel pada setiap waktu sembahyang akan menyediakan tiga dulang kurma untuk jamaah Malaysia. Kurma jenis Sukary memang sedap sbb masih basah dan lembut. Ambo pun memang suka kurma ini dan ambil sebiji dua bila ada disediakan. Yang menjadi masaalah nya ialah ada diantara jemaah kita yang terlalu gemar dengan kurma ini. Yang sepatutnya dijamah dua tiga biji untuk merasa di ambil berlebihan. Mula2 ada yang mengambil penuh tangan, lepas tu penuh dua tangan, kemudian dengan gelas polystyrene, dan akhir2 ini tanpa segan silu dengan bag plastik. Ada seorang pakcik membawa bag plastik menunggu pekerja meletakkan kurma, terus di kaut sampai lebih sekilo untuk dibawa balik kebilik. Tiap2 hari dibuat pakcik ini. Mungkin dia nak courier hantar balik Malaysia untuk anak cucu merasa. Disebabkan sifat seperti ini pihak hotel terpaksa meletakan notis diatas. Namun tadi ambo dgn Kak Nor masih terserempak jamaah yang bawa bag plastik untuk mengambil kurma free ini. Bagi ambo ini ialah sikap sikap jahiliah yg patut dikikis dari perangai jamaah jamaah haji kita. Kerana ia mengambarkan siapa kita sebenarnya. Wassalam
Travelog Haji - This bag has a magnet
This bag is provided by Tabung haji to all jemaah. It was given to jamaah during the embarkation registration at Kelana Jaya. It will be carried as a sling bag by all jamaah during their stay in holy land. There is a sticker on this bag with all detail information such as name and hotel where the jamaah is staying. This is in case the bag got lost or the jamaah himself got lost. So that the bag can be returned to the rightful owner or the jemaah himself can be returned to the hotel.
The significance of this bag is that the flag and the Malaysian wording on it. Jamaah from Malaysian are well regarded by other jamaah for their good manners and their patience. They are also are well regarded by the shopkeepers and the hawkers for their never ending power to purchase. Throw anything at them and for sure the Malaysian will be there to buy.
But the flag and Malaysian name also serve other purpose. Thry are magnet to those asking for charities. These are well dressed man operates in numbers together. They will approach the Malaysian who is by themselve with sad stories and also claiming to be from some charity seeking organisation. Either they will sit themselve beside you in the masjid or they approach you whle you are outside the masjid. Normally they will not approach the Indonesian or jamaah from indian sub continent. I wonder why. These people just loved the Malaysian. We Malaysian are people with hugh magnetism clearly identified by this bag. Becoz more often then not we Malaysian will donate some Rials to those in need or claiming to be one. Malaysia boleh!
Al Fussilat Ayat 35
Surah Fussilat, Verse 35:
وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ
Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.
(Indonesian)
via iQuran
Al Fussilat Ayat 34
Surah Fussilat, Verse 34:
وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ
Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.
(Indonesian)
via iQuran
Tuesday, 16 October 2012
Travelog Haji - Another man in my jubah!!
Tidak seperti orang Indonesia yang maintain dengan pakaian Indonesia nya semasa di tanah haram jamaah Malaysia akan mengenakan pakaian jubah bila berpijak sahaja disini. Ini termasuk mereka yang seumur hidup tak pernah berjubah macam ambo ni. Kenapa kita perlu berjubah semasa disini pun ambo tak faham kenapa. Kalau di Malaysia malu malu berjubah tapi disini macam natural sahaja. Pasti nya yg berjubah pernah melalui peristiwa yang saya nak cerita ini. Bila kita memakai jubah semasa rukuk sembahyang bahagian belakang pasti akan terjungkit keatas. Kalau orang belakang semasa itu tengah bangun dari sujud dan kita yg berjubah tengah rukuk berkemugkinan kepala orang belakang akan termasuk dlm jubah kita. Bila ini terjadi beberapa scenario mungkin berlaku. A. Kupiah org belakang tersangkut dan jatuh...rosak bojeng dia. B. Dia akan terus bangun dan menyelak jubah kita...memberi masaalah kpd kedua belah pehak. Apa yg terjadi kpd ambo tempoh hari di surau maktab ialah variasi kepada senario A. Pakcik tua belakang ambo tersangkut kopiah dia pd jubah ambo. Kopiah dia jatuh. Tanpa disangka dia ambil kopiah dan pukul kaki saya dgn kopiah dia. Terkejut ambo. Habis kyusyuk sembhyg sbb nak tergelak. There is a lot of grumpy old man here. Maklumlah dh lama tak bermanja dgn isteri masing. Itulah antara cabaran dan dugaan memakai jubah. So...jika berjubah bila bangun dari rukuk just turn around...there might be another grumpy old man in yr jubah.
Travelog Haji - Where is the carpet?.
Carpet carpet di Masjidil Haram mula di buka dan disimpan pada akhir minggu lepas. Ini ialah untuk preparation kebanjiran jemaah setelah hari wukuf hampir tiba. Dengan ketiadaan carpet carpet kapasiti jemaah di masjid dapat di tambah kerana saf saf yang lebih ketat dapat dibuat. Estimate saya kapasiti dapat ditambah sebanyak 10 peratus. Keselesaan yang berkurangan tanpa carpet tidak menganggu jemaah untuk beribadat...apatah lagi mereka yang suka berehat dan tidur.
Travelog Haji - Situasi unik lelaki perempuan dalam satu saf
Anda tidak akan temui di tempat lain. Ditingkat atas masjidil haram saf lelaki dan perempuan bercampur. Ambo terpaksa beralih tempat kerana ada perempuan tinggi lampai dari Iran di saf depan...memang tak boleh khusyuk. Dari segi hukum tak tau lah apa yang tak kena. Kalau didepan dataran kaabah memang ini takkan berlaku terdapat sheikh2 yg jaga dan menghalau jemaah wanita ketempat masing2. Jemaah Indonesia saya tengok memang suka duduk dekat2 suami isteri. Pagi tadi ambo tengok ada yang beriba sambil menghadap kaabah. Memang unik...only in AlHaram third floor.
Travelog Haji - Maghrib di atas bumbung masjidil Haram
Travelog Haji - Lepas umrah di Safwa tower
Lepas mengerjakan umrah semalam yang mengambil masa yang agak lama dari biasa kami bersantai di Safwa tower pusat membeli belah di sebelah masjidil haram. Pusat ini macam standard KLCC. Kerana terlalu awal kebanyakkan kedai masih tutup tapi foodcourt nya dah dibuka. Kebanyakkan kedai menghidangkan masakan arab ala Pakistan. Kami mencuba ayam shawarme yang dimakan dengan nasi. Simple, tasty and just fun.
Monday, 15 October 2012
Travelog Haji - Tawaf di tingkat atas
Hari ini kami buat umrah sunat dgn miqat di Tanaim. Kami pergi ke miqat pukul 2.30 pagi. Harga tambang van dari hotel ke Tanaim dan terus ke masjidil haram ialah 10 rial seorang. Kami sampai ke masjidil haram pukul 3.30 pagi. Disebabkan jamaah sudah memenuhi dataran kaabah kami kali ini cuba tawaf di tingkat atas. Adush pak...di sebabkan lingkaran tawaf diatas itu luas maka untuk habis mengambil masa lebi sejam yaitu tiga puloh minit lebih dari biasa. Kerana perjalan nya laju dan hentakan kaki pun kuat habis kaki2 sakit2. Lepas tu pergi buat saei. Bila habis saei memang terasa seluruh kaki dan sendi2 sakit. On the way nak ambil selipar di pintu 84 kami berselisih dengan seorang hamba allah dari afghanistan menghabiskan tawafnya ditingkat atas. Dia cuma mempunyai satu kaki. Menggunakan dua crutches beliau melakukan tawafnya dengan gigih. No complaining. Sedarlah kami nikmat yang tuhan telah mengurniakan kepada kami. Sebak kami melihat hamba yang gigih ini. Semoga Allah memberkati amalan beliau.
Travelog Haji - Cuma bertahan dua puluh lima hari
Yep..cuma 25 hari. Tu kira alhamdulillah. Ambo dah mula batuk dan sore throat. Pergi ke klinik jumpa doktor...rupa2 nya doktor pun batuk jugak. Dia cuma bertahan sepuluh hari. Di beri ubat batuk, anti histamine dan antibiotik. Harapnya cepat ok sbb gangguan untuk membaca alquran.
Sunday, 14 October 2012
Surah Al-Ahzab ayat 35
Surah Al-Ahzab, Verse 35:
إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
(Indonesian)
via iQuran
Saturday, 13 October 2012
Travelog Haji - Fesyen baru
Ini fesyen terkini. Sebenarnya fesyen camni amat praktikal. Disamping shariah compliance ia juga boleh diguna pakai untuk menahan habuk dan debu. Juga menahan cahaya matahari. Boleh juga diguna untuk menahan silau menggantikan sunglass.
Surah Luqman Ayat 12
Surah Luqman, Verse 12:
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".
(Indonesian)
via iQuran
Friday, 12 October 2012
Travelog Haji - Tahniah Tabung haji
Dua orang petugas Tabung Haji sedang berada di kawasan dataran masjid haram untuk memantau jamaah malaysia. Setakat ini performance petugas tabung haji amat memuaskan.
Travelog Haji - Jamaah from Africa
Mungkin di sebabkan tempat tinggal merela jauh dari masjidilHaram ambo dapati ramai jamah Afrika berada di dataran masjid. Walaupun sinaran matahari panas membahang tetapi tabek kepada mereka kerana mereka ini amat tahan sekali dengan keadaan begini. Ada yang dapat tidur nyenyak sekali.
Travelog Haji - from Misfalah to AlHaram - we march on
We walk thru the dusty messy streets, we walk thru honking and screeching of Toyotas and Hyundais, we walk thru the construction fiels and uncompleted underpass...to get to our desired destination AlHaram. Dear Al Malik of Saudi Arabia..dear Al Malik of Mecaa...why dont you build a light rail systems for your city since you the Arabs can afford to own Manchester City.
Travelog Haji - Tawaf di pagi jumaat
Dipagi hari pukul 3.30pagi sebelum azan pertama dilaungkan ambo sudah tiba di masjidilHaram. Hari ini Kak Nor uzur jadi ambo sorei sorei lah. Subuh ialah pada pukul 4.55pagi. Azan pertama di azankan satu jam sebelum itu. Walaupun dikira pagi tapi dataran tawaf sudah penuh. Malumlah hari ini hari jumaat dan juga makin hampir dengan waktu wukuf yaitu pd 25 Okt nnti. Jadi banyak jamaah tahun ini sudah tiba dikota mekah. Proses tawaf berjalan lancar. Termasuk sembahyang sunat tawaf proses ini mengambil masa satu jam. Tiap2 pusingan mengambil masa 7 ke 8 minit. Tiada masaalah kalau kita bersabar sedikit. Bermacam2 teknik digunakan untuk melancarkan proses tawaf masing. Terutama bagi kumpulan2 mereka mengunakan teknik2 berikut supaya tidak pecah kumpulan. Teknik bulldozer - suka di gunakan orang turki. Teknik ular lidi - suka digunakan jamaah benua india. Teknik mesra rakyat - ini mereka dari Indonesia.
Thursday, 11 October 2012
Travelog Haji - Unsung Heroes
Ini ialah pekerja pekerja masjid. Di waktu pagi begini mereka sedang menunggu tugasan shift masing masing. Kebanyakan mereka terdiri dari sub continent india, afghanistan, yaman dan ada juga bapak bapak indonesia. Terdapat beribu2 pekerja ini disuatu masa dimasjid. Selain mencuci segenap sudut dan cerul masjid mereka juga menyusun alquran. Mereka juga menjaga keselamatan jemaah yang tidak biasa dengan persekitan masjid ini yang luas. Dengan reka bentuk masjid yang bulat dengan berpuluh pintu jamaah mudah tersasar dan sesat. Bantuan pekerja2 ini amat di perlukan sekali. Di sebabkan mereka ini dari golongan yang susah banyak jemaah berderma untuk mereka ini sebagai sedeqah atau sebagai bayaran dam. Syabas kepada pekerja masjid ini yg menentukan keselesaan dan keselamatan jamah disamping menjamin kebersihan masjid.
Travelog Haji - Allah tidak membebani seseorang seseorang melainkan apa yang terdaya
Surah Al-Mumenoon, Verse 62:
وَلَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا وَلَدَيْنَا كِتَابٌ يَنطِقُ بِالْحَقِّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.
(Melayu)
via iQuran
Travelog Haji - Tiap2 diri akan merasai mati....
Surah Al-Anbiya, Verse 35:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Melayu)
via iQuran
Wednesday, 10 October 2012
Travelog Haji - Kafeteria di ground floor maktab 96 misfalah
Tabung Haji menyediakan satu kafeteria di tingkat bawah. Kapasiti untuk 300 jemaah. Makanan ala malaysia di sediakan seperti nasi lemak, laksam, nasi goreng, mee hun goreng dan roti canai. Penebar roti canai di bawa khas dari Malaysia. Ada roti canai, roti telur dan roti sardin. Harga item2 berpatutan.
Travelog Haji - surau di tingkat RE maktab 96
Kepada mereka yang tidak mampu untuk ke MasjidilHaram Tabung Haji menyediakan sebuah surau di Maktab 96. Boleh memuatkan hampir 800 jemaah. Walaupun dikira sudah luas tetapi kekadang tidak mencukupi kerana ramai jamaah yg tidak daya ke masjid haram yg terletak 1 km jauhnya. Seorang imam berbangsa arab di sediakan untuk memimpin jemaah. Surau ini juga digunakan untuk ceramah agama dan sessi penerangan oleh tabung haji.