Monday 8 October 2012

Travelog Haji - Wahabi dan bidaah

Di Malaysia bila bercakap mengenai Wahabi maka tidak dapat tidak kita akan terungkit perkataan bidaah.  Kebanyakkan akan membawa konotasi negatif dan pandangan yang kurang menyenangkan kerana banyak amalan dalam masyarakat kita telah dibidaahkan oleh kumpulan Wahabi.  Bila ambo berada di tanah haram Madinah dan Mekah baru lah ambo dapat memahami sedikit sebanyak mengapa kumpilan Wahabi bersikap sedemikian.  Banyak amalan amalan islam didalam masyarakat dari seluruh dunia yang dipengaruhi oleh sejarah dan local practice dan tidak berpijak kepada alquran dan hadis.  Bila berada di madinah terutama di sekitar raudhah terdapat jemaah yg mencium tiang didlm raudhah,  meminta rasulullah mendoakan dirinya dan bermacam amalan yang pelik.  Kerana terlalu sangat nak mencium tangga mimbar rasulu dia tanpa disedari mencium tangga yg digunakn untuk membaiki lampu.  Juga di Mekah terutama di sekitar baitullah bermacam2 ragam jemaah yg bagi ambo amat2 pelik sekali.  Dengan berada disini maka saya amat memahami sikap Wahabi yang zero toleransi terhadap bidaah dan saya amat menyokong pendirian mereka.

No comments:

Post a Comment