Tuesday 18 September 2012

Hanis dan Keluarga

Hanis Abang Din dan keluarga juga bersama kami semalam.  Isteri Hanis Dr Sya yang baru menamatkan masters beliau di HKL dalam bidang phathology juga hadhir.  Sudah ada empat anak2.  Semua comel2 ala2 korea gitu.  Yang besar darjah 4 (Husna), Mohd Adam Hafey, Husna  Akilah (bergambar dgn Abah) dan yang kecil kat rumah.  Terima kasih kerana datang.

Menambah usia dengan bergaya bersama Xperia baru.

Abang Man dan keluarga sempat menghadhiri majlis kenduri kesyukuran kami tempoh hari walaupun dalam kesibukan open house dan kenduri kendara yang lain.  Begitu juga Kak Ma dan keluarga dari Terengganu (sorry cameraman tak sempat snap pix) juga sempat meluangkan masa bersama kami.  Terima kasih semua.


Sajak - Di Belakang Ayah, Suami dan Al-Hafiz


Saya teringat satu sajak yang pernah saya baca di rumah Kak Yah long long time ago.  Sajak ni di tampal di di dinding rumah single storey lama Kak Yah.  Walaupun pertama kali membaca sajak ini saya telah jatuh cinta dengan nya.  Jadi baru2 ini saya minta Kak Yah cari balik sajak itu dan alhamdulillah masih dalam simpanan beliau.  I hope you guys enjoy it as much as I do - Posted by Akram


Tajuk: DI BELAKANG AYAH, SUAMI DAN AL HAFIZ

Tiap tirai maghrib,
Ibuku, aku dan adik-adik ku
Berdiri di belakang ayah
Dalam satu saf sembahayang
Dan sama-sama mengangkat takbir
Allah hu akhbar……

Aku dan adik-adik ku
Sama-sama mengadap ayah
Menghafal Muqqadam dan Al Quran
Alif, ba, Tha. dan Alif Lam Mim
Di umur 6 tahun…
Aku dan adik-adik ku khatam Quran.

Aku baligh,adik-adik ku baligh
Dan ibu, aku dan adik-adik ku
Berdiri satu saf
Di belakang ayah yang uzur
Dan sama-sama mengangkat takbir…
Allah hu akbar…..

Aku pun diijab-kabulkan
Bersuami, berumah tangga
Dan beranak…dan beranak…
Dan kini aku dan anak-anak ku
Berdiri di belakang suamiku yang uzur
Yang ayah anak-anak ku
Sama-sama mengangkat takbir
Allah hu akbar….

Ibuku pergi
Ayahku pergi
Dan suamiku pergi

Dan kini…
aku berdiri dibelakang anakku
Seorang al- Hafiz….


Oleh: Nora
Date: 1 Muharam 1403

Sunday 16 September 2012

Mohd Amar Azhar - naturally photogenic

Alhamdulillah hari ini Azhar dan famili datang kerumah kami untuk mengucapkan selamat jalan sempena mengerjakan haji.  Sambil lunch dapatlah juga snap dua tiga gambar.  I must say the most outstanding one is this pose by Amar - he is naturally photogenic. - Posted by Akram