Monday 15 October 2012

Travelog Haji - Tawaf di tingkat atas

Hari ini kami buat umrah sunat dgn miqat di Tanaim.  Kami pergi ke miqat pukul 2.30 pagi.  Harga tambang van dari hotel ke Tanaim dan terus ke masjidil haram ialah 10 rial seorang.  Kami sampai ke masjidil haram pukul 3.30 pagi.  Disebabkan jamaah sudah memenuhi dataran kaabah kami kali ini cuba tawaf di tingkat atas.  Adush pak...di sebabkan lingkaran tawaf diatas itu luas maka untuk habis mengambil masa lebi sejam yaitu tiga puloh minit lebih dari biasa.  Kerana perjalan nya laju dan hentakan kaki pun kuat habis kaki2 sakit2.  Lepas tu pergi buat saei.  Bila habis saei memang terasa seluruh kaki dan sendi2 sakit.  On the way nak ambil selipar di pintu 84 kami berselisih dengan seorang hamba allah dari afghanistan menghabiskan tawafnya ditingkat atas.  Dia cuma mempunyai satu kaki.  Menggunakan dua crutches beliau melakukan tawafnya dengan gigih.  No complaining.  Sedarlah kami nikmat yang tuhan telah mengurniakan kepada kami.  Sebak kami melihat hamba yang gigih ini.  Semoga Allah memberkati amalan beliau.

No comments:

Post a Comment