Monday 29 October 2012

Travelog haji - Tamat lah ibadat haji kami.

Alhamdulillah ...dengan mengerjakan saei haji tadi maka tamatlah ibadat haji kami.  Setiap langkah terakhir kearah bukit marwah sungguh menghibakan.  Sebak kami.  Kerana berjaya menghabiskan ibadah haji ini dan juga menghadapi realiti yang tak mungkin diumur sebegini kami dapat melalui pengalaman sebegini lagi.  Walaupun begitu kami tetap berdoa agar diberikan umur yang panjang dan rezeki untuk ketemu lagi perjalanan haji ini.  Satu perjalanan yang pasti tidak dapat dilupai sepanjang hayat dikandung badan.  Bak kata seorang kawan di Madinah...satu pengalaman yang amat signifikan.  Kepada adik beradik dan ipar duai yang sudah cukup syarat kami sarankan buatlah sesuatu untuk mengerjakan haji secepat mungkin semasa masih sihat dan nyawa di pinjamkan oleh Allah yang maha kuasa. 
Dihadapan kaabah kami berdoa agar ibadah haji kami diterima Allah....Wassalam.

No comments:

Post a Comment