Friday 17 June 2011

Minum Tea dulu

Posted by : Mr. Har
Macam biasalah... minum tea dulu sebelum fly back to KB. 

Selamat Tinggal Anak-anak

Posted by : Mr. Har
Selamat tinggal Kuala Lumpur. Ada umur Tokki datang lagi... Terlalu banyak kenngan manis untuk dikongsi bersama. Masa tidak mengizinkan... semoga semuanya selamat. Terimakasih semua.  Amin. 18 Jun 2011.

Ambil Boarding Pass

Posted by :  Mr. Har
Rasa sedih tokki untuk balik ke KB.

Shopping ke tu??

Ini kes wat nayo ko orei tua nih. Lepah pekena Toko Tao ngan air kopi segelas ambo ajak tokki shopping di JJ belakang rumoh di Keramat. Beli lah roti, ayam kampung, udang kertas dll. Harga udang kertas di JJ ni kat rm22 sekilo..sama yah ngan di kuala sepetang..jadi makna nya kalu bak nak makan udang sedap tu tak lah payoh gi k. Sepetang..belakang rumah ambo pun ado...tepi rumoh pun ada jual mee udang baik punya. Bak kata di KL nie nak makan apo pun ada..akok ada belakang rumah..musim buah tak pernah reda. Campur tolak nak ada duit saja..

Birthday Tokki di Jenderam

Memori meraikan Tokki di kediaman kami sempena Ulangtahun tokki ke 78. Semuanya tersengih...... kek pilihan Amy & Fiqah. Best you.... lapis blueberries lagi.

Tokki and Tako Tao

Bawa Tokki ke Jaya Jusco belakang rumah. Tokki test Tako Tao ngan Sweet Potato. Berselera kak loh.  Kena makan ngan lidi dua bilah.  Tapi payoh sunggoh makan mcm nie.  Sudah nyan kena cari garfu ngan sudu baru laju molek.

 Tako Tao Takoyaki nie sebenar nya makanan fast food Jepun.  Tepung beras Jepun.  Bubuh mayonaise sikit ngan fish flakes. Pas tu ada inti udang atau octopus dll. 3 biji RM4.50.  Ada di kebanyakkan Jaya Jusco.  Sedap kalu makan panas.  Lepas pekena Tako Tao Tokki test sweet potato Jepun.  Bulih makan ngan kulit2 sekali..memang lah sweet..sbb nama pun sweet potato.

Cucu tokki ke sekolah

Sempat iringi Amy, Fiqah dan Ahmad Ammar untuk ke sekolah.

Birthday tokki ke 78

Tahun 2011 merupakan hari yang penuh warna warni pada kami sekeluarga. Buat pertama kalinya birthday tokki ke 78 diadakan dikediaman kami.

Thursday 16 June 2011

Tokki natural skill

Tokki nie sebenar nya banyak skill dan berbakat sekali. Selain dari pandai bertukang dan hasil tangan pandai pulok melukis dll.  Jadi hari nie dia nak test mewarna batik pulok.  Cik Nor buat kain batik kaftan hari nie.  Tokkie jadi tukang pewarna nya.  Natural skill lah..mcm kata orang putih macam itik didalam air..letak2 dah pandai berenang.  Tokki pegang berus dah bulih mewarna...hebat sunggoh.

Makan cendol sebelum mee rebus di Setiawangsa

Tokki menjamu selera di tepi padang Setiawangsa. Nak makan rojak tapi dah habis. Jadi pekena cendol ngan mee rebus.

Wednesday 15 June 2011

Nabilah di MMU

Posted by : Mr Akre
Pagi 29 Mei baru-baru ni, tepati pukul 9.00 registration Nabilah di MMU. Ambil kursus Degree in Digital Media. Lepas registration hantar ke asrama. Tiga orang satu bilik. Jadi berebut katil, meja dan almari lah tadi. Yang laju mak dia lah. Jadi lor nie tinggal kami berdua balik di rumah. Selamat belajar Bib

Tokki, Ina dan Moksu

posted by : Mr har
edited by : cik Noor
Kenduri kahwin kakak ina pada 01 Januari 2010. Mok kat rumah bukit marak tak dapat ikut sebab kurang sihat

Family Ina visit tokkki and Mok at Bukit Marak

Posted by : Mr Har
Edited by : Cik Nor
Family Ina went to Bukit Marak on 01 Januari 2011. Rasa terkilan sangat sebab tak dapat nak penuhi permintaan mok time tu. Tapi Alhamdulillah sempat juga mok bersua dengan ina.

Lawatan Tok ki ke Seremban

Posted by : Mr. Har
Edited by : Cik Nor
Tok ki bergambar bersama cik yah and fadilah di bahagian hadapan rumah cik yah. Aisey man, bergaya betul tok ki..... bila lagi.

Alahai!....Cucu sulong Tokki ..

Posted by ; Mr. Sheikh
Edited by :  cik Nor
Aduh mak, tingginya cucu tok ki !!!.....Dalam kesibukan anak cucu bekerja, sempat lagi abe sheikh kita ambil cuti bawa tokki ke seremban....Bila lagi....seronok bergambar bersama tok ki....

Berposing di rumah cik Yah

Posted by :  Mr. Sheikh
Edited by  :  cik Nor
Di kesempatan yang ada, cik yah dan fadilah mengambil kesempatan berposing dengan tok ki.....kesian tok ki tak sempat nak tukar baju....tak pe le...kain pelikat pun ok kot.....

tokki di seremban pada 14 Jun 2011


Posted by :  Mr. Sherdal
Edited by : Cik Nor
Sambil makan, sempat lagi tokki membaca...maklumlah orang suka membaca.Lawatan tokki ke seremban pada 14 Jun 2011.Lepas ni On the way nak pi ke rumah brother Bob pula.

Tuesday 14 June 2011

sayang cik yah.....

 Apa attraction nya Cik Yah nie sampai semua berebut nak suap dia.??..Komen pls
Posted by : Mr. Har
Edited by : Cik Noor
Kalau ye pun nak suap, tengok lah muka orang ni...termasuk dalam lubang tekak tak apa gak, takutnya masuk lubang hidung...naya aku ni...

senyuman seorang ayah!!!!

Kegembiraan terpancar di wajah tok ki semasa kami meraikan Hari Bapa. Walau pun gigi dah tak ada, tapi masih mampu meleret lagi....Suko nyo tokki...bila agak nya last time tok ki di raikan begini.  Kek lengkap dengan meniup lilin lagi.  Kekadang kita lupa untuk meraikan yang tua.  It is about time we start to celebrate the elders..because we our self are not getting any younger.



 Posted by : Mr. har
 Edited by  :  Cik nor


Sunday 12 June 2011

Kemeriahan di Majlis sambut menantu di Perak

Posted by : Mr . Har
Edited by : Cik Nor

Rasonya ambo nok pa'tun sikit:

Tok ki bertimpuh di balik tabir
Melihat kucing dengan tikuh dok sain
Nasib baik tok terhantuk kena bucu
 
Senyum simpul tak lekang di bibir
Dapat menantu macho bukan main
Moga tahun depang boleh timang  cucu
 

Pagi di Sepetang dan Taiping


   Semasa majlis 'ngantar nantu'Kak Long Marlina di Taiping baru2 ini Tokki, Ayah Chik dan ambo sempat lah meninjau2 kawasan sekitar.  Sambil menunggu majlis pukul 12.30 pagi tu kami 'berderat' ke Kuala Sepetang dan Taiping.
    Kuala Sepetang atau nama asal nya Port Weld merupakan satu bandar perikanan kecil kommuniti Cina yang di kelilingi paya bakau.  Keretapi pertama di Malaysia ialah antara Kuala Sepetang dan Taiping yang di siapkan pada tahun 1885.  Sekarang landasan keretapi itu sudah tiada.  Cuma tinggal stesen keretapi lama yang kini sebagai sebuah kedai kopi Cina.  Jalan menuju Kuala Sepetang (port Weld) ini anda akan dapati banyak kedai makan melayu yang menjual mee udang.  Disini bekalan udang yang fresh mudah didapati di Kuala Sepetang.  Mee nya sodappp.!!
    Taiping pula seperti kita ketahui ialah tempat yang paling basah di Semenanjung.  Jadi cuaca nya agak sejuk dan nyaman. Ia adalah bandar kedua terbesar di Perak selepas Ipoh.  Dan suatu ketika dahulu pernah menjadi ibu negeri Perak.  
    Bagi ambo apa yang paling menarik di Taiping ialah Lake Garden nya.  Ia antara Lake Garden ynag paling indah dan nyaman pernah ambo lawati.  Dengan berlatar belakangkan Bukit Larut dan hijauan hutan dan laman yang di jaga rapi.  Ia mamapu memberi suasana yang sunggoh nyaman.  Lake garden ini di wujudkan pada 1880 yang asal nya sebuah lombong bijih.  Keluasan nya 64 hektar.  Sesiapa ke Taiping dan tidak melawat lake garden nya rugi besar.
      As for me added to the wonderful scenery is the satisfaction to see Tokki enjoying the moment.  This is his first time here and hopefully it is not his last.




Minum pagi rumah 'Natu" Cik Kama ( Cik Mad), Perak

Posted by : Mr. Har
Edited by  :  Cik Nor
Berselera sekali Tok ki makang....
Tambah kuah sikit tu... Roti canai tu liat... kunyah lamo-lamo sikit...maklumlah ore lamo..gigipun tinggal duo..jawabnya..gonye-gonye telan je le...boleh sembelit ni bak!
Minum pagi sebelum bertolak balik ke KL on 12 Jun 2011, Ahad.  Esok anok sekoloh weh!..

Pesanan Tokki

Posted by  : Mr Har
Edited by   : Cik Nor
Buat anak-anak tokki semua. Kita satu keluarga , satu team.....Jange dok baloh-baloh...bertolok ansurlah belako...Selalu berbincang, bermusyawaroh sebelum buat sesuatu yang melibatkan adik beradik...Bak mitok selalulah pegi mari adik beradik supayo hubungan kekeluargaan tidok putuh.. Bersamalah kita berdoa kepada Allah , moga anok cucu bak di murahkah rezeki dan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.  Moga anok cucu bak sentiasa hidup dalam keberkataan dan keredhaan Allah di dunia dan di Akhirat.... Amin

Mee Udang di Sepetang Perak

Posted by : Mr. Har
Edited by  :  Cik Nor
Hisy.....apo ni...betul ko dio kiro ni...sapo nok bayor ni....banyok ni....rasanya tok cik make tok banyok...just er....2 pingge...Silap kira ni..... Mee dengan udang bagi 2 ekor je dalam 1 pingge... kita datang dua kereta je..pah...tu...ceding-ceding belako...hok mano ni make banyok...nanti kita tengok!!!!balik karang ni i kereta mano yang co'ngek....

Bincang pengantin

Posted by : Mr Har
Edited by  :  Cik Nor
Meriah sungguh majlis kita ya... Tak terbalas budi baik kakak dan abang sedara serta aboh dan mama,  Lepah ni kita nak pi Honeymoon mano? UK( U. Klang) ke.....New Town ke....Dubai (Durian Burung) atau Seberia ( Sabak Bernam).....tunggu cuti sekoloh lah deh.....abe tok de....luso sekolah dah buko.....lain tahun lah kita gi jale......

Masjid Putrajaya

Bergambar di pintu utama Masjid Putrajaya.

Kenangan terindah bersama cucu di Masjid Putrajaya

Posted by :  Mr Har
Edited by : Cik Nor
Bergambar berdekatan Masjid Putrajaya. Ammar dan Afiqah ttersengih girang bergambar dengan tokki

Memori Masjid Putrajaya

Sempat bergambar dengan Masjid Putrajaya. Tokki nampak ceria sekali.

Lawatan ke Putrajaya

Buat kali pertama tokki melawat Putrajaya. Berlatarbelakang kediaman Perdana Menteri nampak kepuasan di dalam hatinya melihat keindahan bangunan dan taman-taman bunga disekitar.

Ziarah di Kediaman Tan Sri diTaman Sinaran

Posted by : Mr Har
Edited by : Cik Nor

Buat kali pertama Tokki ziarah famili Tan Sri di kediaman beliau di Taman Sinaran Jenderah Hilir. Kira hari ini dalam sejarahlah (12 Jun 2011). Turut bersama Famili Datin Sri Cik Yah. Mr. Ammar tersenyum melirik..... yang lain dengan gaya tersendiri... unik dan penuh seni... Kesian Aina tersepit antara dua Datin Sri... Ok lah tu....

LawatanTokki ke Nuclear Malaysia ( MOSTI)

Posted by : Mr Har
Edited by : Cik Nor
Tok Ki membuat lawatan pertamanya ke MOSTI di iring oleh Dr. Azhar (brother Bob).....jange mare...nanti kena jual...Sempat pula bergambar dengan Tan Sri ...tapi terlambat nak buat ucapan perasmian majlis di situ sebab tak tahan sangat, dok cari bilik VMT (Visitor Male Toilet) Buat pertama kali Tokki ke Nuclear Malaysia. Gambar kenangan bersama Tan Sri Azhar M.....

Saturday 11 June 2011

SELAMAT HARI BAPA DAN HAPPY BIRTHDAY CIK YAH


Posted by: Azhar
Edited by : cik nor
Dalam kesibukan cik kama sambut menantu, kita orang sempat lagi meraikan Hari Bapa untuk Tok ki dan berkebetulan dengan Birthday cik yah. So, kira 2 dalam 1 le...Kek hari bapa khas buat tokki dari anak-anak...... Cik ma yang sponsor tu....  Juga khas buat Cik yah sempena hari jadi yang ke 57......tuo doh kakok aku...sendiripun terasa tua juga... semoga panjang umur dan di murah rezeki. Amin.

Tanda Kasih Kami untuk 'TOK KI'


Posted by :  Azhar
Edited by :  Cik nor
Sempena Hari Bapa, kami adik beradik cuba meraikan Hari Bapa walau dalam keadaan sibuk dengan kemeriahan cik kama sambut menantu di rumah Homestay, Perak.  Buat pertama kalinya, kami meraikan Hari Bapa...sayangnya, abe iming tidak ada bersama, lebih-lebih lagi kesayuan terasa mengenangkan mak yang telah tiada bersama....Suapan dari anak-anak sempena hari bapa 2011. Sungguh tersentuh suasana ini..... Harapan kami agar anak-anak kami  tidak lupa pada ibubapa masing-masing sementara mereka masih ada....Buatlah sesuatu untuk gembirakan ibu dan ayah sebagai tanda kasih kalian kepada mereka.  Sesungguhnya pengorbanan mereka terlalu besar untuk kita semua.

Kasih seorang Bapa


Posted by : Mr Har
Edited by : cik Nor
Dalam kemeriahan sambut Hari Bapa, Tokki tidak lupa pada Birthday cik yah, sempat juga dia suap kek tu ke mulut cik yah...suap menyuap... harmonisnya antara ayah dan anak .  Tutup mulut sikit tok ki!!!nanti masuk lalat kang.

MAJLIS SAMBUT MENANTU DI PERAK

Kegembiraan terpancar di wajah masing-masing,terutama cik kama dengan abe umar. Tahun 2011, tok ki terima cucu baru dan cik kama dapat  menantu sulong dalam famili tok ki.....tGambar kenangan di rumah pengantin lelaki. . Tersenyum meleret brother Bob ..ore lain semua baju maroon, dia yang pakai baju warna lain ( biru tu)..... taiko yang baju merah duduk tu.... semua tersenyum puas..buke apa tu senyum kenyang dijamu. makan nasi beryani.....lepas tu disertnya bubur...sedap!!!!Brrrr...cik yah sedawa ( syyy....tak sedar sapu bersih 2 mangkuk bubur )....lamo doh aku tok jumpa bubur kacang....ye le tu ...Walau bagaimanapun, thanks to Brother Bob, kalau tidak kami semua tak berpeluang bergambar dengan pengantin....

Majlis Sambut menantu di Perak.

Steady Tok ki...tegak tok bergerak...Majlis kenduri dirumah pengantin lelaki. Gambar kenangan bersama keluarga.... masing-masing tersenyum puas...kenyang makang nasi beryani...Brrr.....

Doa Selamat sempena Hari Bapa

Doa selamat untuk hari jadi cik yah ke 57 dan sempena happy Fathers Day. Tok ki tengah baca doa.  Tapi dalam pada tu cik yah, cik kama, tok chik dan adik-adik yang lain mengaminkan.  Sambutan ini di buat di Homestay ,Perak.

Ulangtahun Cikyah & Happy Farthers Days

tokki tersenyum puas makan kek..... dan tersenyum puas dengan anak-anak yang memberi sokongan moral dalam menjalani kehidupan bersendirian

Wednesday 8 June 2011

Bueh Kehidupan

Kusangka hujan tapi bueh.... Bueh bulat bagi cermin kehidupan.... Ringan dan lampung ditiup angin. Bermulanya kehidupan sebagai suami isteri.... penuh dengan warna warninya. Semoga berbahagia keakhir hayat..... Kak Long dan Zali....

Sebelum Nikah

Kalu jawab duo kali buleh ke Imam? Eik...  nak bargain pulok doh.... Apo-apo lah..... Jawabtu kena jelas nanti dok ngango ore kat belakangtu.... Ready dah ke....

Tuesday 7 June 2011

Terimakasih Aboh & Mamam

Terimakasih untuk Aboh dan Mama.  Akhirnya berjaya juga mencapai cita kejinjang pelamin juga kita abe Zali....
Aboh dok sakit telinga banyak sangat arahan mama. Mama lagi-lagi dok stress pikir jalan dan bagi nak smooth perjalanan majlis. Apa pun alhamdullillah berjaya.....

Sandwish Cik Yah

Kalu buat sandwish kena betul-betul sapu rata-rata. Planta kena ado juge. Tak leh banyak air dalam sardin nanti lembik pulak, tak leh kering sangat cepat keras pulok. Bila siap kena test-drive dulu... yelah nak cubo... keras ke, lembik ke... masin ke.... tawau ke.... Mmmm. tu dia..... Kalu yang ada `Gaut' tu mika maap le ye.... boleh makan... sakit sendi tanggung sendiri . Kenangan ketika menyediakan breakfast di hari kenduri perkhawinan Marlina di Trengganu.  Tok cik dok perati cik yah dok hiris roti...

Tokki Breakfast

Breakfast kalu dengan secawan kopi panas pun jadilah..... Nak cubo jugak sekeping sandwish (sandwich) mu tu. Nampak sedap je... lambat betul tukang masak ni buat...tak siap-siap lagi....meja dah penuh dengan makanan, bila nok start make ni woi.....perut dok menyanyi-nyanyi doh ni....

Pok Soh taukeh daging lembu

Begitu tekun, pok soh ( adik Tok ki ) dok dengar info terakhir daripada tuan rumah (abe uma)Nampaknya masa semakin suntuk ni. Daging dah beres... 3 ekor lembu kecik kira ok lah tu. Dapat daging mude... lembut, senang nak masak. Insyaallah. Pak Soh bediskusi dengan Abang Umar berkenaan dengan keperluan menu gulai daging dimajlis perkahwinan Kak Long Marlina.