Khas buat semua adik beradik ku dan juga anak-anak saudara ku samada jauh dan dekat untuk mengikuti perkembangan terkini tok ki. Terima kasih atas perhatian dan keprihatian kalian memenuhi ruangan ini.
Monday, 10 October 2011
Bertarbiah - Lambaian Kaabah di Kelana Jaya
Di Kelana Jaya menghantar Kak Mak/ Abg Wan dan Iroh / Seng ke tanah suci . Sempat lah berborak dengan Iroh dan Seng kerana mereka tiba awal di Kelana Jaya dari Johor. Happy semua nya. Bila tiba masa untuk mendaftar jamaah masuk (around 9.30pm) maka dipasanglah tape tarbiah. Bila dengar tarbiah ini hati ambo rasa amat2 sayu. Seolah memanggil-manggil untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci. Lebih2 lagi kerana tahun ini kami dipilih disaat akhir untuk menjadi jemaah. Tapi kerana keadaan tidak mengizinkan terpaksa kami tolak..meberi peluang untuk mereka yang lebih layak. Kata Ustaz Lah (Abg kepada Abg Wan) kuota Tabung Haji dah ada tapi Kuota disana belum tiba.
Insyallah tahun depan 2012 tibalah giliran kami untuk bertarbiah di tanah suci. Kepada adik beradik yang dah mampu dan belum mengerjakan haji jom kita kesana 2012..doakan.
Posted by: Akram
Sunday, 9 October 2011
Alkesahnya - Bertolak dan Bertarik
Alkesah nya..hari nie ambo ngan Ali on the way nak pergi rumah rakan golf (ex-NSTP) Wahab di Denai Alam sbb dia akan menunaikan Haji. Nak keluar rumah start kereta WFP tu dah tak sedap hati bila Honda tu lambat start walaupun suis dan ON. Walau bagaimanapun hidup lah jugak enjin nya. Tapi bila jalan sejauh par 4 (400 meter) dari rumah tiba2 enjin mati ngan tiba2. Sempat lah juga ketepi setelah di TOLAK oleh Ali...nasib baik bawa Ali. Panggil pomen pun tak boleh hidup. Terpaksa panggil tow-truck..nasib baik tow truck free sbb insuran bayor. (dua kali nasib baik tu). Sampai di kedai pomen sbb hari ni hari ahad jadi kedai pun dah nak tutup. Bermalam lah WFP di kedai. Tak sempat lah gi rumah si Wahab tu..maka itu lah alkesah nya.
Posted By: Akram
Posted By: Akram
Saturday, 8 October 2011
Dua dalam Satu - Menjemput (Memadah) dan Ziarah orang nak naik haji
Hari nie Kak Yah, Abang Man dan Kak Long Sariah datang nak menjemput /memadah untuk kenduri Sherdal. Fadhilah pun ada. Mereka nie dari Rawang lagi, pastu ke Melewati dan terus ke Keramat. Kebetulan Kak Mak dan Abang Wan (Kakak Akram) buat kenduri doa selamat kerana mereka akan ke Mekah esok untuk panggilan haji. Jadi Kak Yah sekeluarga pun di jemput ke majlis itu. Sambil menjamu selera sempat juga menjemput Kak Mak dan keluarga untuk majlis di Sremban nanti. Jadi kira dua dalam satu lah.
Sunday, 2 October 2011
Kasih sayang ibu..lihat lah burung pun sayangkan anak-anak.. apa tah lagi kita Manusia. Terima kasih IBU
Lihat lah kejadian Allah, supaya manusa berfikir. Kasih sayang seorang ibu walaupun seekor burung terhadap anak anak . Ini kan kita manusia. Hai anak Anak Hargai laa ibu dan mana mana yang bergelar ibu........
Terima kasih IBU arwah Hj Che Esah Che Had..
Dan sekarang ini, setiap kali akan aku jadikan rutin harian untuk mengirimkan Al-fatihah dan doa untuk Allahyarham ibu. Mari lah kita sama-sama sentiasa berdoa kepada Allah semoga Allah mengasihi ibu yang amat kita sayangi serta sayangi ibu seperti mana mana mereka mejaga dan mengasihi kita semasa hayat nya. Jangan lupa kalau boleh jangan lupa membaca surah Al-Mulk setiap hari untuk Allahyarham ibu, semoga dapat membantu emak di alam baru . Benarlah kata bijaksana tiada apa yang lebih bermakna buat ibu sekarang ini selain kiriman doa yang tidak putus dari anak-anaknya.
Kerana itu jugalah, aku dan isteri yang tersayang Salamiah Bani Hashim... berazam meletakkan mission membesarkan anak kami bukan setakat kefahaman mission hidup biasa : cemerlang dengan deretan A semata-mata, tetapi kami akan berasa amat berbahagia jika dia menjadi anak yang soleh dan solehah, yang mempunya nilai dan prinsip hidup lurus, yang kenal siapa dirinya dan siapa Tuhannya, yang tahu apa yang harus dilakukannya di dunia ini, dan yang selalu mendoakan kami mama dan abah nya dan mengirimkan buah tangan pahala sewaktu kami tiada lagi peluang untuk berbuat amal di dunia ini.
Tapi mission ini takkan tercapai melainkan kami mengajarnya agama dan nilai hidup, kerana seorang anak hanya kain bersih yang kosong, ibu bapalah juga yang mecorakkannya. Semoga Allah membantu kami melaksanakan mission besar ini, Amin Ya Rob.

Posted by: Imie south Lebanon
Friday, 30 September 2011
How are u ?...."I am not okay"
Latest (3/10/11): Kata nya Bob pagi ini Ammar akan di CT Scan.
Tengah hari tadi kami sekeluarga pergi visit Ahmad Ammar di wad 2C Hospital Putrajaya kerana platelate darah yang rendah. Sudah beberapa hari Ammar disana. Bila di tanya How are u?..di jawab Ammar " I am not okay..got headache..help me". Kesian Ammar.

Sepanjang kami di sana nampak Ammar masih lagi lesu dan tidur. Kata nya Mah platelet darah tu turun mungkin di sbbkan ubat yang diambil. Jadi sekarang tunggu approval Doktor pakar untuk menukar kuantiti kombinasi ubat (A+B+C??) ubat yang di ambil. Jadi di harapkan kali ini dapatlah ubat itu disesuaikan dengan Ammar.
Apakah itu platelet dan kesan platelet rendah kepada badan dapat di baca di sini. Marilah kita sama2 doakan Ammar cepat sembuh dan sihat sokmo2...Insyallah.
Posted by: Yatie
Thursday, 29 September 2011
Operation Carpel Tunnel - (bukan time tunnel)
Cik Nor baru lepas operate tangan. Pakai bius local saja lah sbb minor surgery kata doktor. Kata empunya diri sakit oii masa cucuk tu sbb doktor pusing pusing jarum tu..cari urat bokali..meraung bunyi sampai ke koridor (ambo tambah tu). Cik Nor kata mujur tak terjun katil. Sbb operate di daycare jadi boleh balik hari. MC dapat dua minggu. Harap nya lepas nie tangan tak serban lagi sbb penyakit nie dah bertahun simpan..sayang nak buang kot.
Sunday, 18 September 2011
Sindrom ‘Empty Nest’ sedih berjauhan daripada anak meningkat - Berita Harian 19/9/11
Dr Anjili Doshi dari LPPKN mengulas mengenai Sindrom Empty Nest:
“Sindrom ini terjadi apabila anak-anak berhijrah ke tempat yang lebih membangun sama ada untuk mencari pekerjaan selari dengan kepesatan ekonomi, melanjutkan pelajaran ataupun sudah berkahwin.
“Justeru, ibu bapa rasa kekosongan, rasa seperti tidak diperlukan sehingga mendorong mereka mengalami kesan sampingan seperti kemurungan dengan kajian menunjukkan 41.2 peratus daripada mereka mengalami gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental,” katanya kepada Berita Harian.
Pada masa sama, beliau menasihatkan anak-anak supaya tidak lepas tangan mengenai sindrom itu dengan turut memainkan peranan meluangkan masa untuk ibu bapa supaya mereka rasa lebih dihargai.
“Anak-anak seharusnya mengambil peluang dan masa selagi ibu bapa mereka masih hidup dengan menjaga ataupun pulang ke kampung untuk meluangkan masa bersama mereka,” katanya.
For detail reading click here for Berita Harian article or here for Wikipedia.

Subscribe to:
Posts (Atom)