Monday 10 October 2011

Bertarbiah - Lambaian Kaabah di Kelana Jaya



Di Kelana Jaya menghantar Kak Mak/ Abg Wan dan Iroh / Seng ke tanah suci . Sempat lah berborak dengan Iroh dan Seng kerana mereka tiba awal di Kelana Jaya dari Johor. Happy semua nya. Bila tiba masa untuk mendaftar jamaah masuk (around 9.30pm) maka dipasanglah tape tarbiah. Bila dengar tarbiah ini hati ambo rasa amat2 sayu. Seolah memanggil-manggil untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci. Lebih2 lagi kerana tahun ini kami dipilih disaat akhir untuk menjadi jemaah. Tapi kerana keadaan tidak mengizinkan terpaksa kami tolak..meberi peluang untuk mereka yang lebih layak. Kata Ustaz Lah (Abg kepada Abg Wan) kuota Tabung Haji dah ada tapi Kuota disana belum tiba.

Insyallah tahun depan 2012 tibalah giliran kami untuk bertarbiah di tanah suci.  Kepada adik beradik yang dah mampu dan belum mengerjakan haji jom kita kesana 2012..doakan.

Posted by: Akram

No comments:

Post a Comment