Banyak jemaah yang menunggu dhuha. Pengisian masa biasanya dengan membaca Alquran. Ada juga yang catchup on their much needed sleep. Gambar diambil di first flr king fahd wing. Kawasan ini ada aircond dan selesa berbanding kawasan ground floor yg terlalu sibuk. Amat selesa disini untuk membaca alquran. Men and ladies sits in different area but can meet and read alquran bersama di kawasan tengah2. Nice.
Khas buat semua adik beradik ku dan juga anak-anak saudara ku samada jauh dan dekat untuk mengikuti perkembangan terkini tok ki. Terima kasih atas perhatian dan keprihatian kalian memenuhi ruangan ini.
Wednesday, 3 October 2012
Travelog haji - Salam dari bandar suci Kota Mekah
Alhamdulillah setelah hampir dua minggu meninggalkan tanah air untul mengerjakan haji baru lah tergerak hati untuk update blog dan share experience kami di sini. Gambar yg di attach baru di snap lima minit tadi around 4am in the morning. Ramai sokmo orang tawaf tak kira masa.
Alhamdulillah kami disini sihat dan harapnya kesihatan maintain. Cuaca dah kurang panas berbanding masa umrah baru2 ni. Temperatura around 28c to 42c. Debu debu dari construction around masjid Al Haram masih tebal di beberapa lokasi dan jemaah harus berjaga jaga tentang aspek kesihatan. Selain kesihatan physical aspek kesihatan mental juga perlu di jaga. Sudah nampak tanda2 stress di kalangan kawan2 jamaah yang terpaksa berkongsi bilik dari 4 sebilik ke 10 sebilik. Banyal sebilik bergantung pada nasib masing2. Stress ini dari environment yg berbeza, terlalu kuat beribadat dari biasa, hubungan antara jamaah dan yang paling kritikal ialah hubungan suami isteri. Setiap perbualan dan tingkah laku ada lah secara umum dan terbuka maka tiada cara setengah setengah stress itu dpt di bendung dan di kurangkan antara suami isteri. Contoh semalam rakan sebilik bermasam muka bila isteri nya komen mengapa terlebih beli makanan. Beliau terus balil meninggalkan isteri di kedai menyebabkan isteri sesat selama dua jam dan terpaksa di hantar pulang oleh jemaah indonesia kerana tersasar ke kawasan maktab Indonesia. Dari small thing can easily escalate to bigger problems. Oleh itu penkagaan kesihatan physical dan mental is critical leading to hajj wukuf in another 20 days.
Tuesday, 18 September 2012
Hanis dan Keluarga
Menambah usia dengan bergaya bersama Xperia baru.
Sajak - Di Belakang Ayah, Suami dan Al-Hafiz
Saya teringat satu sajak yang pernah saya baca di rumah Kak Yah long long time ago. Sajak ni di tampal di di dinding rumah single storey lama Kak Yah. Walaupun pertama kali membaca sajak ini saya telah jatuh cinta dengan nya. Jadi baru2 ini saya minta Kak Yah cari balik sajak itu dan alhamdulillah masih dalam simpanan beliau. I hope you guys enjoy it as much as I do - Posted by Akram
Tajuk: DI BELAKANG AYAH, SUAMI DAN AL HAFIZ
Tiap tirai maghrib,
Ibuku, aku dan adik-adik ku
Berdiri di belakang ayah
Dalam satu saf sembahayang
Dan sama-sama mengangkat takbir
Allah hu akhbar……
Aku dan adik-adik ku
Sama-sama mengadap ayah
Menghafal Muqqadam dan Al Quran
Alif, ba, Tha. dan Alif Lam Mim
Di umur 6 tahun…
Aku dan adik-adik ku khatam Quran.
Aku baligh,adik-adik ku baligh
Dan ibu, aku dan adik-adik ku
Berdiri satu saf
Di belakang ayah yang uzur
Dan sama-sama mengangkat takbir…
Allah hu akbar…..
Aku pun diijab-kabulkan
Bersuami, berumah tangga
Dan beranak…dan beranak…
Dan kini aku dan anak-anak ku
Berdiri di belakang suamiku yang uzur
Yang ayah anak-anak ku
Sama-sama mengangkat takbir
Allah hu akbar….
Ibuku pergi
Ayahku pergi
Dan suamiku pergi
Dan kini…
aku berdiri dibelakang anakku
Seorang al- Hafiz….
Oleh: Nora
Date: 1 Muharam 1403