Sunday, 2 October 2011

Kasih sayang ibu..lihat lah burung pun sayangkan anak-anak.. apa tah lagi kita Manusia. Terima kasih IBU


Lihat lah kejadian Allah, supaya manusa berfikir.  Kasih sayang seorang  ibu walaupun seekor burung terhadap anak anak .  Ini kan kita manusia. Hai anak Anak Hargai laa ibu dan mana mana yang bergelar ibu........

Terima kasih IBU arwah Hj Che Esah Che Had..

Dan sekarang ini, setiap kali  akan aku jadikan rutin harian untuk  mengirimkan Al-fatihah dan doa untuk Allahyarham ibu. Mari lah kita sama-sama  sentiasa berdoa kepada Allah semoga Allah mengasihi ibu  yang amat kita sayangi serta sayangi ibu seperti mana mana mereka mejaga dan mengasihi kita semasa hayat nya.  Jangan lupa kalau boleh jangan lupa membaca surah Al-Mulk setiap hari untuk Allahyarham ibu, semoga dapat membantu emak  di alam baru . Benarlah kata bijaksana  tiada apa yang lebih bermakna buat ibu  sekarang ini selain kiriman doa yang tidak putus dari anak-anaknya.

Kerana itu jugalah, aku dan isteri yang tersayang Salamiah Bani Hashim... berazam  meletakkan mission membesarkan anak kami  bukan setakat kefahaman mission hidup biasa : cemerlang dengan deretan A semata-mata, tetapi kami akan berasa amat berbahagia jika dia menjadi anak yang soleh dan solehah, yang mempunya nilai dan prinsip hidup lurus, yang kenal siapa dirinya dan siapa Tuhannya, yang tahu apa yang harus dilakukannya di dunia ini, dan yang selalu mendoakan kami mama dan abah nya dan mengirimkan buah tangan pahala sewaktu kami tiada lagi peluang untuk berbuat amal di dunia ini.

Tapi mission ini takkan tercapai melainkan kami mengajarnya agama dan nilai hidup, kerana seorang anak hanya kain bersih yang kosong, ibu bapalah juga yang mecorakkannya. Semoga Allah membantu kami melaksanakan mission besar ini, Amin Ya Rob

Posted by: Imie south Lebanon


No comments:

Post a Comment