Monday, 5 September 2011

Mohor Besar Kerabat D'Raja Kelantan

Salam semua,
 
Kepada semua adik kakak yang jauh maupun yang dekat dan yang sentiasa sibuk atau menyibuk dengan aktiviti harian, dengan ini diistiharkan rumah kawe sentiasa dibuka untuk kunjungan beraya bagi mengemaskan lagi ikatan persaudaraan dan juga ukhuwah kita adik beradik. Menu boleh bincang. Kalau nak bawak menu sendiri pun buleh jugak. Disamping makan dan minum, perbincangan berkenaan ummah dan keluarga serta pelbagai isu semasa juga boleh diadakan di meja bulat bagi mengelakkan insiden umpat mengumpat, kata mengata, edit mengedit, prima fasi kenyataan dan seumapanya tidak berlaku yang banyak menjurus kepada  kejauhan hati antara kita. Video conferencing juga boleh diadakan. Tu khas buat yang ada jauh luar negaralah.
 
 Janganlah kita merasakan diri kita terlalu sempurna dan hebat hingga tidak mahu mencemar duli untuk bermusawarah dan bertukar pandangan. Rasanya tidak ada alasan untuk kita sentiasa ingin berdalih. Cuba luangkan sedikit masa yang ada untuk keluarga yang sentiasa menemani kita semasa susah dan senang. Ornag yang sentiasa tidak cukup mas adalah orang yang tidak mensyukuri nikmat hidup. Semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredahaan Allah.
 
Amin.

1 comment:

  1. aku setuju saja...benda baik...orang yang banyak bagi alasan tu...sebenarnya bermasalah..

    ReplyDelete