Semasa majlis 'ngantar nantu'Kak Long Marlina di Taiping baru2 ini Tokki, Ayah Chik dan ambo sempat lah meninjau2 kawasan sekitar. Sambil menunggu majlis pukul 12.30 pagi tu kami 'berderat' ke Kuala Sepetang dan Taiping.
Kuala Sepetang atau nama asal nya Port Weld merupakan satu bandar perikanan kecil kommuniti Cina yang di kelilingi paya bakau. Keretapi pertama di Malaysia ialah antara Kuala Sepetang dan Taiping yang di siapkan pada tahun 1885. Sekarang landasan keretapi itu sudah tiada. Cuma tinggal stesen keretapi lama yang kini sebagai sebuah kedai kopi Cina. Jalan menuju Kuala Sepetang (port Weld) ini anda akan dapati banyak kedai makan melayu yang menjual mee udang. Disini bekalan udang yang fresh mudah didapati di Kuala Sepetang. Mee nya sodappp.!!
Taiping pula seperti kita ketahui ialah tempat yang paling basah di Semenanjung. Jadi cuaca nya agak sejuk dan nyaman. Ia adalah bandar kedua terbesar di Perak selepas Ipoh. Dan suatu ketika dahulu pernah menjadi ibu negeri Perak.
Bagi ambo apa yang paling menarik di Taiping ialah Lake Garden nya. Ia antara Lake Garden ynag paling indah dan nyaman pernah ambo lawati. Dengan berlatar belakangkan Bukit Larut dan hijauan hutan dan laman yang di jaga rapi. Ia mamapu memberi suasana yang sunggoh nyaman. Lake garden ini di wujudkan pada 1880 yang asal nya sebuah lombong bijih. Keluasan nya 64 hektar. Sesiapa ke Taiping dan tidak melawat lake garden nya rugi besar.
As for me added to the wonderful scenery is the satisfaction to see Tokki enjoying the moment. This is his first time here and hopefully it is not his last.
No comments:
Post a Comment