Anda tidak akan temui di tempat lain. Ditingkat atas masjidil haram saf lelaki dan perempuan bercampur. Ambo terpaksa beralih tempat kerana ada perempuan tinggi lampai dari Iran di saf depan...memang tak boleh khusyuk. Dari segi hukum tak tau lah apa yang tak kena. Kalau didepan dataran kaabah memang ini takkan berlaku terdapat sheikh2 yg jaga dan menghalau jemaah wanita ketempat masing2. Jemaah Indonesia saya tengok memang suka duduk dekat2 suami isteri. Pagi tadi ambo tengok ada yang beriba sambil menghadap kaabah. Memang unik...only in AlHaram third floor.
Khas buat semua adik beradik ku dan juga anak-anak saudara ku samada jauh dan dekat untuk mengikuti perkembangan terkini tok ki. Terima kasih atas perhatian dan keprihatian kalian memenuhi ruangan ini.
Tuesday, 16 October 2012
Travelog Haji - Maghrib di atas bumbung masjidil Haram
Travelog Haji - Lepas umrah di Safwa tower
Lepas mengerjakan umrah semalam yang mengambil masa yang agak lama dari biasa kami bersantai di Safwa tower pusat membeli belah di sebelah masjidil haram. Pusat ini macam standard KLCC. Kerana terlalu awal kebanyakkan kedai masih tutup tapi foodcourt nya dah dibuka. Kebanyakkan kedai menghidangkan masakan arab ala Pakistan. Kami mencuba ayam shawarme yang dimakan dengan nasi. Simple, tasty and just fun.
Monday, 15 October 2012
Travelog Haji - Tawaf di tingkat atas
Hari ini kami buat umrah sunat dgn miqat di Tanaim. Kami pergi ke miqat pukul 2.30 pagi. Harga tambang van dari hotel ke Tanaim dan terus ke masjidil haram ialah 10 rial seorang. Kami sampai ke masjidil haram pukul 3.30 pagi. Disebabkan jamaah sudah memenuhi dataran kaabah kami kali ini cuba tawaf di tingkat atas. Adush pak...di sebabkan lingkaran tawaf diatas itu luas maka untuk habis mengambil masa lebi sejam yaitu tiga puloh minit lebih dari biasa. Kerana perjalan nya laju dan hentakan kaki pun kuat habis kaki2 sakit2. Lepas tu pergi buat saei. Bila habis saei memang terasa seluruh kaki dan sendi2 sakit. On the way nak ambil selipar di pintu 84 kami berselisih dengan seorang hamba allah dari afghanistan menghabiskan tawafnya ditingkat atas. Dia cuma mempunyai satu kaki. Menggunakan dua crutches beliau melakukan tawafnya dengan gigih. No complaining. Sedarlah kami nikmat yang tuhan telah mengurniakan kepada kami. Sebak kami melihat hamba yang gigih ini. Semoga Allah memberkati amalan beliau.
Travelog Haji - Cuma bertahan dua puluh lima hari
Yep..cuma 25 hari. Tu kira alhamdulillah. Ambo dah mula batuk dan sore throat. Pergi ke klinik jumpa doktor...rupa2 nya doktor pun batuk jugak. Dia cuma bertahan sepuluh hari. Di beri ubat batuk, anti histamine dan antibiotik. Harapnya cepat ok sbb gangguan untuk membaca alquran.
Sunday, 14 October 2012
Surah Al-Ahzab ayat 35
Surah Al-Ahzab, Verse 35:
إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
(Indonesian)
via iQuran
Saturday, 13 October 2012
Travelog Haji - Fesyen baru
Ini fesyen terkini. Sebenarnya fesyen camni amat praktikal. Disamping shariah compliance ia juga boleh diguna pakai untuk menahan habuk dan debu. Juga menahan cahaya matahari. Boleh juga diguna untuk menahan silau menggantikan sunglass.





