Saturday, 23 April 2011

apapun terjadi, hidup perlu diteruskan

Begitu sabar tok ki menghadapi hari-harinya....kami akan sentiasa bersamamu tok ki.  Jangan susah hati. Berat rasa hati nak tinggalkan tok ki kat kampung bersama mizal. puas dipujuk, namun tok ki tetap  dengan keputusannya, nak tinggal di kampung.  Alasannya , arwah mak pesan supaya jangan tinggalkan rumah dan pusaranya. Walau bagaimana pun, kami sentiasa menghubungi tok ki setiap hari supaya beliau tidak sunyi.

An empty chair

Kerusi kosong di dapur rumah bukit marak ini membawa penuh kenangan. Nostalgia sungguh ambo bila tengok kerusi ini. Seolah olah masih ada tuan nya yang duduk tersenyum mempelawa makan...'makei rei..'. Kalau tuan kerusi ini tahu ambo balik yang pastinya ada atas meja gulai kerutuk ayam kampung kegemaran ambo. Kalau hari raya pula yang pastinya ada tapai beras daun getah. Dengan tiada nya mok pastinya keadaan tidak akan seperti dulu lagi...things now change.

The house suddenly have different feel to it...physically nothing change.. but suddenly it feel awkward..as though now the house belongs to somebody else. Yes it is still a house..but it is not home like it used to be. This empty chair will never be filled again like before...there will never be again 'makei rei'...things has changed forever.

mak di Icu selepas pembedahan

Kami menunggu mak bermula daripada pukul 3 petang hingga 6.30 petang.  Sambil menunggu kami tak putus-putus membaca yasin manakala yang lelaki pula pi sembahyang sunat mohon dipermudahkan segala urusan.   Akhirnya, mak selamat jalani pembedahan.  Syukur Alahmdullilah.  Tapi terpaksa dimasukkan ke ICU sebagai langkah keselamatan. Tika itu semangat mak memang kuat.  Kesian aku tengok mak, rasa nya tak sanggup melihat wayer2 yang menyambung dibadannya.  Tapi terpaksa menahan hati, demi kebaikan mak juga.  Di kala ini, kak mala banyak meluangkan masa bersama mak,  semoga Allah memberkati mu kak mala.  demo lah anak yang paling beruntung kerana dapat jaga mak sehingga akhir hayatnya.   Aku Tabik spring kat mu cik kama!!!!  memanglah  hang ni layak jadi kakak kami.  Tabik Tok!!!

nabilah dan ika bersama mak

Dalam keadaan sukar, sempat lagi mak hulur tangan kat nabilah..dan amy..rindunya kat cucunya...tak dapat digambarkan dengan kata-kata melihat mak bersama-sama cucunya.  Masa ni , mak kena puasa sebab esoknya 8 April 2011 bersamaan hari jumaat, mak kena jalani operation di perutnya, kerana ususnya berlipat...kekuatan melihat anak cucu memberi semangat untuk mak.  Apa-apa pun, mak kata dia redha.Masa tu, aku, azahar, cik mala,abe re, abe umar dan bak ada bersama.

memori semasa di icu


Bersama mak di wad 6 hospital USM, tika itu aku sempat lagi berseloro dan bergurau dengan mak.  Mak menahan tawanya sebab ada wayer kat hidung.   Seronok lihat mak tersenyum.  Bukan apa tu, sebab tengok aku dok bergayut kat palang besi tu macam cik wok.... i love u mak.

Tuesday, 19 April 2011

Allah lebih menyanyangi mu mak!!

Update 19/4/11 Jenazah di kebumikan tepat jam 10 malam di perkeburan depan rumah bukit marak. Sembahyang jenazah di rumah dan di imamkan imam masjid bukit marak. Turut hadhir ialah sahabat keluarga Tan Sri Annuar Musa. Didalam liang lahad menunggu untuk menyempurnakan jenazah ialah abe re, abg man seremban dan azhar. Di saat-saat begini terasa pilu mengenangkan seseorang yang amat kami semua sayangi iaitu abg mi tak dapat bersama-sama kerana bertugas di luar negeri (Lebnon)Our last physical contribution. Arwah berada di hospital selama 27 hari.

Tahlil di adakan selama 3 hari.
We are concern with Tok Ki ...although he tried to keep himself busy and not to show his loss..but the body language tells the real feeling inside. Last night..dalam kesuraman lampu malam ketika kebanyakkan merebahkan badan untuk tidur..kami dapat melihat tok ki yang ketika itu berbaring meraba2 dalam poket baju nya. Perlahan2 di keluarkan fotostat ic arwah isteri nya. It is a long loving look. Slowly he put it back in his pocket..tried to close his eyes for the night...it is a big loss indeed. Tak dapat ku tahan air mata ini tengok keadaan tok ki . Kasihnya pada mak tak pernah luntur. Setiap kali bercakap pasal mak, pasti mata bergenang air matanya.  we all love you bak. kami tak akan biarkan bak sedih dan alone. we all miss mak. Al fatihah.


Kembali buat selama lama nya selepas waktu zuhur hari ini (17/4/2011) di husm pada umor 70 tahun...innalillah hiwainna ilaihirajiun.

memori terakhir bersama mok dan tok ki

Kenangan bersama tok ki dan arwah mak semasa hari raya tahun 2010 di Bukit Marak, Kelantan.  .     Bukan senang nak bergambar dengan mok...ada saja alasan...tapi tahun ni mok dan tok ki sporting untuk bergambar secara formal....he.he stedy je...

Hakikatnya, inilah gambar terakhir mak bersama kami. Tanggal 17 April  2011 (Ahad) , mak telah pergi meninggalkan kami....Hanya gambar sebagai pengubat hati. Alfatihah buat ibu tercinta semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin